Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ternyata tidak bersendirian apabila beliau mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Malah, idea tersebut diilhamkan semasa pentadbiran beliau,” kata Najib dalam laman web peribadinya najibrazak.com.
April lalu Ahmad menjawab kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap GST dengan menuduhnya tidak memahami cukai berkenaan.
Turut didakwa Ahmad tidak memahami GST ialah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Dalam pos terbarunya hari ini, Najib juga mengecam tindakan Dr Mahathir mengkritik pentadbirannya tanpa sebarang bukti kukuh dan hanya mempercayai “khabar angin” saja.
“Dia mengetahui banyak dakwaan telah dibuat semasa pentadbirannya dan sering memberikan jawapan ‘Mana bukti?’
“Dr Mahathir sepatutnya menyatakan perkara yang sama berhubung apa yang beliau dengar sekarang ini,” ujar Najib.
Tegas Najib lagi, Dr Mahathir tidak punya hak untuk menyuruh beliau letak jawatan kerana beliau dipilih oleh UMNO dan rakyat bukannya dari bekas Perdana Menteri itu.
“Saya dipilih UMNO dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.
“Saya mempunyai mandat dan bertanggungjawab kepada parti serta rakyat bukannya mana-mana individu,” katanya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan