Rabu, 3 Jun 2015

Najib diramal letak jawatan sebelum PRU14

 
Untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat. Jika tidak, sukar UMNO akan memperoleh sokongan.


Ahmad-Atory-Hussain_najib_600


PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.

“Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.

“Jika tidak sukar bagi UMNO untuk meraih sokongan. Apabila perubahan kepimpinan itu, maknanya Presiden yang perlu berubah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Atory berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak mahu berhenti, maka Najib perlu merubah banyak perkara atau beliau sendiri meletakkan jawatan.

“Kebanyakan penganalisis politik mengatakan perubahan kepimpinan itu sangat perlu untuk UMNO. Jika tidak parti lain akan mengambil alih atau UMNO akan berdepan kepimpinan dan masalah kepercayaan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: