MALAYSIAKINI
Krisis dalaman MIC yang semakin meruncing memerlukan campur tangan pihak
berkecuali sebagai perantara dalam menyelesaikan kemelut parti politik
kaum India itu, menurut pandangan veteran dan penganalisis politik tanah
air.
Mereka berpendapat Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya
Datuk Seri Dr S Subramaniam mendapatkan bantuan orang tengah bagi
menyelesaikan masalah parti itu.
Veteran MCA, Datuk Yap Pian Hon berkata MIC perlu mengambil langkah
seperti MCA semasa berhadapan dengan krisis parti pada tahun 1980-an
dengan memberi peluang kepada BN untuk membantu parti itu menyelesaikan
krisis dalaman mereka.
Beliau berkata krisis MIC ketika ini hampir sama dengan apa yang pernah
dialami oleh MCA pada masa itu apabila presiden dan timbalan presiden
parti tidak sehaluan.
"Dengan bantuan rundingan daripada BN, MCA kembali bersatu," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau merujuk kepada krisis kepimpinan tertinggi MCA membabitkan Datuk
Dr Neo Yee Pan dan Datuk Mak Hoon Kam dengan Tan Koon Swan pada 1985.
Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata MIC tidak perlu dingin
terhadap bantuan yang ditawarkan pihak ketiga terutama daripada parti
komponen BN yang ingin membantu.
"Hasrat BN nak membantu MIC selesaikan masalah, tetapi jangan sampai
niat baik kita disalah tafsir. Terbukti hari ini MIC tidak boleh selesai
secara dalaman maka eloklah MIC mencari jalan penyelesaian melalui
orang tengah di luar MIC tidak kira bantuan dari Umno atau MCA ataupun
Gerakan," katanya.
Bagi bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, beliau
berpendapat mana-mana parti komponen BN perlu memberi keutamaan
kepada kepentingan parti dan BN.
Beliau berkata jika mana-mana parti dalam BN benar-benar menghadapi
kebuntuan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda, maka kepimpinan
parti itu perlulah mendapatkan nasihat pimpinan tertinggi BN.
"Walau apapun (masalah dalaman berlaku) jangan biarkan perselisihan
menggugat parti, memecahbelahkan ahli dan memberi kesan kepada BN.
Perkara ini saya merujuk kepada semua komponen BN," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada
Mohamed dari Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata kedua-dua pemimpin
tertinggi MIC harus mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing dan
berkompromi dalam menyelesaikan krisis tersebut.
"Saya yakin mereka sedar, jika mereka tidak duduk semeja dan
menyelesaikan krisis ini secara baik, maka MIC akan ditakdirkan gagal
dan menjadi tidak relevan," kata dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa UUM itu.
Beliau berkata walaupun krisis MIC bukan sesuatu yang baru kerana ia
juga pernah berlaku semasa kepimpinan sebelum ini, namun Palanivel
dilihat seolah-olah mengheret krisis tanpa penyelesaian yang jelas.
Malah, katanya, keputusan mahkamah menolak permohonan Palanivel dan
empat yang lain untuk membatalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
mengadakan pemilihan semula parti itu telah membawa satu perkembangan
yang baru.
BN sebelum ini cuba menghulurkan bantuan dengan menjadi orang tengah
untuk menyelesaikan krisis tersebut tetapi pemimpin MIC enggan
menerimanya kerana mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Seorang lagi penganalisis politik, Porf Madya Dr Sivamurugan Pandian
dari Universiti Sains Malaysia (USM), mencadangkan pemilihan semula
semua jawatan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden merupakan
penyelesaian terbaik.
"Pada pendapat saya, cadangan ini akan dapat meletakkan titik noktah
dalam krisis ini. Krisis ini tidak harus berlarutan sehingga menjejaskan
imejh parti berusia 68 tahun itu," katanya.
- Bernama
1 ulasan:
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com
Maklumat peminjam:
Nama Penuh: _______________
Negara: __________________
Jantina: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor Telefon: ________
Puan Glory
Catat Ulasan