MALAYSIAKINI
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari
dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian
mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau
berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar
Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak
menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk membolehkan
pelaksanaan hudud di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencelah
dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak
menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri
Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.
"Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu
sampai sidang mana? Ini satu permainan..." kata Mahfuz yang membantah
sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan