KUALA LUMPUR: Video pendek juara pertama Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa bukan hanya memaparkan keunikan sebenar pasangan berkenaan malah turut menyentuh hati penonton.

 

Video berdurasi 3.05 minit yang dilakonkan di Bali, Indonesia menceritakan tentang penerimaan Syawal terhadap Fiqa yang merupakan seorang gadis OKU (Orang Kelainan Upaya).

Video bertajuk ‘Kenapa Pilih Saya?” sehingga kini ditonton lebih 179,000 melalui laman Facebook CST Production.

“Kenapa pilih saya. Saya tiada apa-apa. Saya susah cakap. Saya tidak boleh dengar, saya malu pada awak.. Carilah orang lain tapi bukan saya.. Saya tidak ada apa-apa dekat alam ini,” tutur Fiqa sambil mengalirkan air mata.

“Saya tidak kisah semua itu. Selepas ini awak ada segala-gala,” balas Syawal dengan senyuman.

Kata-kata Fiqa dalam video berkenaan berjaya membawa emosi penonton sehingga turut sama mengalirkan bersama Fiqa.

Sentuhan video yang diterbit oleh CST Production kini menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.