shahbudindotcom
Apa
pun alasan yang mahu digunakan mengenai pembatalan program Nothing2Hide
di PWTC pagi tadi, jawapan yang paling tepat ialah Najib sah seorang
yang penakut.
Kiranya
beliau seorang yang berani dan berdarah Bugis asli, jawapannya juga
cuma satu - hadir di forum tersebut sebagaimana yang sudah
dipersetujuinya sebelum ini. Beliau seharusnya mencontohi sikap dan
keberanian Tun Mahathir Mohamad yang sedia hadir walaupun hanya dijemput
melalui saluran media sosial saja.
Tetapi
yang jelasnya beliau bukan saja tidak berani untuk bertentang mata dan
duduk sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad, bahkan juga tiada kekuatan
untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan
penjelasan mengenai 1MDB.
Jika
beliau seorang yang benar-benar berani dan bersedia hadir di forum
tersebut, tentu saja faktor keselamatan bukan perkara sukar bagi pihak
polis menanganinya. Bukankah pasukan polis kita antara yang terbaik di
dunia?
Pihak
polis sebenarnya cukup kekuatan untuk mengawal keadaan di sebuah
program yang sekadar berskala sederhana seperti itu. Apalah sangat
susahnya untuk mengawal kehadiran yang hanya kehadirannya tidak sampai
5000 saja.
Dengan
ini gegak gempitanya bahawa beliau seorang keturunan Bugis dan darah
yang mengalir dalam tubuhnya bukan sebarangan darah, sebaliknya adalah
darah pahlawan, terpadam dengan sendirinya bermula padi Jumaat yang
mulia tadi.
Alasan
keselamatan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang membatalkan
program itu tidak boleh diterima oleh sesiapa pun yang waras akal
fikirannya.
Ini
kerana forum itu adalah sesama UMNO iaitu Najib sebagai Presiden UMNO
dan Perdana Menteri manakala Tun Mahathir adalah mantan kedua-dua
jawatan tersebut. Tun Mahathir hadir hanya untuk bertanya soalan
manakala Najib pula memberikan jawapan. Mereka bukan datang untuk
bertumbuk atau berkelahi.
Mereka
yang hadir pula bukanlah juga untuk bergaduh atau bergasak atau ada
membawa sebarang senjata, parang, kayu atau sebagainya, sebahagiannya
untuk bertanya soalan manakala ramai yang lain adakah semata-mata untuk
mendengar jawapan. Jadi, di mana soal keselamatan begitu membimbangkan?
Lagi
pula tempat berlangsungnya program itu ialah PWTC, sebuah bangunan
milik UMNO di mana Perhimpunan UMNO diadakan setiap tahun dengan jumlah
kehadiran yang jauh lebih besar lagi.
Mustahil
pihak polis tidak mampu mengawal keselamatannya? Di bangunan itu sudah
tercatat sejarah berlaku beberapa pertandingan sengit perebutan jawatan
dalam UMNO sebelum ini tetapi tidak pernah pun berlaku perkara-perkara
yang di luar kemampuan pihak polis mengawalnya.
Apakah dengan kehadiran antara 2000 hingga 3000 hadirin saja, maka polis sudah tidak mampu mengawalnya?
Faktor
keselamatan mungkin boleh diterima jika peserta forum Nothing2Hide itu
melibatkan antara kaum atau agama yang tentu saja para pesertanya lebih
mudah tercuit perasaan dan memungkinkan berlakunya ketegangan.
Semua
yang hadir sebenarnya datang dengan lapang dada dan fikiran yang
terbuka. Lagi pula, penganjur sendiri iaitu Sukaguam yang memaklumkan
dalam sidang akhbarnya beberapa hari lalu mengenai kesediaan mereka
mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir di program itu.
Dalam
penilaian umum, pembatalan yang dilakukan oleh polis melalui arahan
Twitter Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar itu adalah semata-mata
untuk menyelamatkan air muka Najib itu. Ia mungkin dilakukan atas idea
penasihat Najib atau boleh jadi juga ianya adalah kehendak Perdana
Menteri sendiri bagi mengelakkannya daripada bertembung dengan Tun
Mahathir.
Sebagai
Perdana Menteri, jika beliau sedia hadir, di mana-mana dan dengan
kehadiran berapa ramai sekali pun, pihak polis tentu saja sentiasa siap
siaga memastikan keselamatannya.
Sementara
sudah beberapa kali berbangga dengan darah Bugisnya sebelum ini, tetapi
dengan ketidakberanian hadir di forum ini, bahkan mungkin sudah
menggigil dan tidak tidur nyenyak sejak semalam lagi, Najib wajib
memeriksa darah keturunannya selepas ini.
Beliau
harus memastikan apakah darah Bugisnya masih asli, sudah tercemar atau
sudah bertukar menjadi darah keturunan lain. Kalau masih berdarah Bugis,
kenapa tidak seberani seperti Bugis-Bugis yang lain?
Barangkali
ramai orang Bugis, terutama yang tinggal di Tawau di mana Najib
berkunjung ke sana tidak lama dulu turut hairan dengan sikap penakut
yang ditunjukkan Najib ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan