Satu ukiran besar seakan-akan wajah manusia terbentuk
susulan runtuhan batu di Gunung Kinabalu berikutan hakisan selepas
gempa bumi dapat dilihat oleh pengunjung yang melalui laluan Kota
Belud-Ranau. Beberapa episod runtuhan batu yang berlaku selepas gempa
bumi telah menyebabkan hakisan di dinding batu berkenaan serta membentuk
pelbagai ukiran menarik yang seakan-akan menghiasi dinding batu Gunung
Kinabalu.
Pada 5 Jun, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau dan mengorbankan 18 nyawa.--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan