A Kadir Jasin
MUTAKHIR, 16 Jun –
Saham FGV semalam merudum ke paras paling rendah sejak diniagakan di Bursa Malaysia
pada tahun 2012 apabila pelabur menolak pembeliannya ke atas Eagle High
Plantations (EHP), Indonesia. Ia jatuh 21 sen kepada RM1.65 sesaham. Firma penyelidikan pasaran, CIMB
Equities Research, memberi penarafan negatif kepada pembelian EHP. Katanya
harga yang dibayar oleh FGV terlalu mahal berbanding dengan semua metrik (asas)
penilaian.
MUTAKHIR, 15 Jun –
Pelabur tidak teruja dengan pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FGV.
Walaupun FGV mendakwa penilaian berdasarkan “enterprise value” (nilai
perniagaan) itu berpatutan, tetapi pelabur tidak yakin. Sahamnya jatuh di Bursa Malaysia kepada RM1.68
jam 12.29 tengah hari tadi berbanding RM1.86 apabila digantung 11 Jun.
POSTING ASAL
PADA pandangan mata kasar,
pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia
oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.
EHP adalah anak syarikat
konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia.
Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes
sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri
(kehormat).
Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib |
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.
Lagipun bagi pelabur sektor
perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau
terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan
belantara.
Dalam urus niaga itu, FGV
membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham.
Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.
Bagaimanapun, timbul beberapa
persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.
1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.
2. FGV nampak sangat murah hati
walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga
minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran
ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.
3. Contohnya, keuntungan tahun
2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku
pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya
RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO
RM4.55 pada tahun 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.
4. Jadi adakah ini masa yang sesuai
bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?
5. Ini menyebabkan penganalisis
membuat andaian bahawa urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.
6. Adalah pengetahuan umum di
kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami
tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya
tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.
t |
FGV dan Rajawali Satu Strategi |
8. Memandangkan harga sahamnya
sendiri amat rendah maka FGV terpaksa menyerahkan lebih banyak saham kepada
penjual EHP. Saham FGV ditutup pada kadar RM1.85 pada 11 Jun.
9. Ada ramalan mengatakan FGV
mungkin diambil balik (taken private) oleh Felda dan ditarik keluar daripada
Bursa Malaysia kerana penarafan pasaran yang hambar.
10. Sudah menjadi pengetahuan umum
di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik bahawa Sondakh sangat akrab
dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor.
Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Mohd Najib mengenai Indonesia.
11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.
12. Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum ‘ditolak-naik’ kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.
11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.
Peter Sondakh, Mohd Najib dan Rosmah |
12. Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum ‘ditolak-naik’ kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.
13. Pembelian oleh FGV juga
bercanggah dengan arahan Kementerian Kewangan bertarikh 26 Disember lalu
kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun agar
memberhentikan sementara pembelian aset di luar negara bagi mengurangkan
pengaliran keluar modal dan membantu menjana ekonomi domestik. Atau Mohd Najib,
yang juga Mentor Felda, membuat pengecualian bagi membolehkan urus niaga itu.
Mungkin Sondakh Jelma Dalam
1MDB?
Dua bidang tanah di Tun Razak
Exchange (TRX) Jalan Tun Razak sudah dijual terus atau secara usaha sama kepada
dua pelabur asing – Lend Lease, Australia dan Mulia Group, Indonesia.
Apakah ada kemungkinan Rajawali
atau Sondakh sendiri akan menjadi pembeli seterusnya? Sondakh suka kepada urus
niaga berkembar. Misalnya, selepas menjual syarikat telekomunikasinya, Excelcomindo
Pratama, kepada Telekom Malaysia pada pertengahan tahun 2000, beliau membeli
aset perhotelan Khazanah Nasional Berhad di Kuala Lumpur dan Langkawi.
Penjualan tanah yang diperoleh
dengan harga murah dari kerajaan kepada pelabur tempatan dan asing dengan harga
tinggi memperkukuhkan pendapat bahawa 1MDB adalah skim cepat kaya.
Kita tidak memerlukan syarikat
pelaburan strategik milik kerajaan kalau sekadar untuk beli tanah dan jual
tanah macam orang kampung beli tanah dan pecah jadi lot untuk dijual.
Seorang pemaju hartanah
Bumiputera yang pernah membeli tanah kerajaan untuk dimajukan berkata, apa yang
dibuat oleh 1MDB sekarang tidak lebih daripada membeli tanah kerajaan dengan
harga yang murah kemudian menilainya semula dan menjual sebagai lot pada harga
yang berganda-ganda tinggi.
Katanya, siapa pun boleh
melakukan kegiatan seperti itu tanpa memerlukan modal besar dan kepakaran.
Tambahnya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB tidak lebih daripada
perniagaan atas angin atau perniagaan Ali-Baba.
Maklumat mutakhir pasaran
berkata, 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta, GLC dan
syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sama ada untuk membeli atau
membangunkan bersama tanah bandar Malaysia di jalan Sungai Besi itu.
Antara syarikat yang disebut
sebagai berkemungkinan memajukan tapak Bandar Malaysia ialah Lembaga Tabung
Angkatan Tentera dan Malton Berhad yang dimiliki oleh billionaire Desmond Lim
Siew Choon.
Laporan media pada tahun 2010
berkata, kerajaan bersetuju konsortium membabitkan 1MDB, LTAT dan Malton Berhad
membangunkan Pangkalan TUDM Sungai Besi menjadi Bandar Malaysia.
Sementara itu, sumber-sumber
perakaunan pula berkata apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB sekarang adalah
bagi menjustifikasikan aset, hutang dan tanggungannya supaya selaras dengan
kehendak Suruhanjaya Syarikat dan mematuhi piawaian perakaunan negara sambil
cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku kesalahan tadbir urus atau
pelanggaran undang-undang.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan