Khamis, 4 Jun 2015

Ahmad Husni elak jawab mengenai Jho Low

 
Ahmad Husni menjelaskan tidak perlu untuk mengaitkan Jho Low dengan 1MDB serta tidak perlu juga untuk mempopularkannya.


husnu,Jho Low


 PETALING JAYA: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilihat cuba mengelak daripada menjelaskan lebih lanjut Low Taek Jho atau Jho Low yang dilihat sebagai individu penting dalam menghurai kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika ditemu bual dalam rancangan, `1MDB di mana wangnya’ yang disiarkan di TV1 pada Rabu, Ahmad Husni berkata, tidak perlu untuk mengaitkannya dengan 1MDB serta tidak perlu juga untuk mempopularkannya.

“Pasal apa kita nak glamorkan Jho Low ini. Ini semua dari laporan media. Itu sebab di Parlimen saya jawab, kita tidak boleh membincangkan perkara yang dilaporkan oleh media kerana ia tidak ada pengesahan,” katanya dalam rancangan tersebut yang bersiaran secara langsung selama satu jam.

Soalan berkenaan Jho Low itu dtanyakan oleh Suhaimi Mohamad yang merupakan seorang daripada hos dalam rancangan berkenaan bersama seorang lagi rakannya Syed Munawar Syed Mustafa.

Dia mengetengahkan soalan berkenaan selepas melihat pertanyaan demi pertanyaan yang dibangkitkan penonton di laman Twitter.

Antara mereka Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mahu mengetahui tentang AS$1.2 bilion yang didakwa dibayar oleh 1MDB kepada Good Star milik Jho Low dengan alasan sebagai peminjam kepada Petro Saudi.

Menjawab soalan itu, Ahmad Husni berkata soalan Tony Pua itu sendiri tidak betul kerana jika merujuk laporan media jumlah yang disebut dengan perkara itu adalah hanya RM700 juta sahaja.

“Itu saja tidak betul, mana datang jumlah RM1.2 bilion. Kita tahu setiap kali pembangkang ini buat cerita banyak yang tidak betul,”ujarnya.

Tiada ulasan: