MELAKA: Seramai 242 mangsa membabitkan 78 keluarga masih ditempatkan di
enam pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air pagi semalam
berikutan hujan lebat lebih tiga jam dan fenomena air pasang besar.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri
Mohamed berkata, enam pusat pemindahan tersebut membabitkan lima buah
di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin termasuk jumlah teramai
mangsa yang dipindahkan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Seri Mahkota, Serkam.
Beliau berkata di Melaka Tengah, 37 mangsa dipindahkan ke Balai Raya
Peringgit; 12 mangsa di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong; 18
mangsa di Balai Raya Bkt Pulau; 11 mangsa di Bangunan Bahagian Umno
Bukit Katil dan 20 mangsa di RTC Paya Ikan.
"Seramai 144 mangsa membabitkan 57 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam," katanya.
Jafri berkata dua pusat pemindahan iaitu Surau Permatang Duyong dan SMK
Dang Anum, Merlimau masing-masing telah ditutup pada pukul 10.00 pagi
dan 10.50 pagi tadi. Katanya, walaupun ada pusat yang ditutup tetapi
bilik gerakan negeri di Kota Cemerlang masih diteruskan beroperasi 24
jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan