Selasa, 9 Disember 2014

Wakil rakyat BN lembab bantu mangsa banjir Manjoi

 Oleh Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Ketua KEADILAN Cabang Tambun, Muhamad Arafat Mahamad kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menangani tragedi banjir di Manjoi, Perak.
Jelasnya, kerajaan hanya menyediakan pusat pemindahan banjir kepada penduduk sementara menunggu ribut reda.

Bagaimanapun, beliau memahami tindakan penduduk yang tetap tinggal di rumah masing-masing kerana khuatir kehilangan harta benda.

“Saya amat kesal dengan Adun Manjoi dan Ahli Parlimen Tambun kerana walaupun sudah lebih sehari berlaku ribut melibatkan hampir 60 rumah, tetapi tiada tindakan yang mengutamakan rakyat.

“Padahal kebanyakan rumah mangsa hanya perlu ganti atap dan memperbaiki bahagian atap sahaja kerana sebahagiannya diterbangkan ribut.

“Sekiranya Adun berkenaan bertindak pantas untuk ganti dan memperbaiki bahagian atap, saya yakin 80 peratus masalah mangsa telah selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

lawat banjirBerikutan kegagalan Umno BN, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Tambun baru-baru ini telah bertindak menggantikan bumbung mangsa dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa.

“Ada beberapa mangsa menukarkan atap mereka sendiri, tapi kami minta Adun supaya jumlah kos perbelanjaan atap yang telah ditukar dibayar semula kepada mangsa tersebut.

“Hanya kerana kelemahan wakil rakyat Umno BN menangani masalah, mangsa-mangsa tersebut terpaksa hidup berbanjir dalam rumah ekoran hujan lebat dari semalam,” ujarnya lagi.

Lebih 300 penduduk di kawasan Chemor dan Manjoi dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir setakat 8 pagi tadi apabila kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Tiada ulasan: