Majlis Exco Negeri Pulau Pinang
mengarahkan supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Ketua Pemuda Umno
negeri, Rafizal Abdul Rahim kerana didakwa cuba menimbulkan kebencian
terhadap kaum minoriti.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Rafizal telah menyebarkan khabar
angin bahawa Persiaran Gurney akan dinamakan semula sebagai Persiaran
Chin Peng, sedangkan pentadbirannya tidak pernah berniat untuk berbuat
demikian.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Lim mendakwa bahawa
pembohongan itu adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masalah
sebenar dalam Umno.
Semalam, dalam satu sidang akhbar di George Town, Rafizal menuntut
penjelasan kerajaan negeri sama ada Persiaran Gurney akan ditukar kepada
Persiaran Chin Peng.
Rafizal berkata beliau menerima maklumat daripada sumber di pejabat Ketua Menteri tetapi enggan menamakan individu berkenaan.
Rafizal berkata beliau menerima maklumat daripada sumber di pejabat Ketua Menteri tetapi enggan menamakan individu berkenaan.
Rafizal memberi amaran bahawa Umno akan membantah langkah itu sekiranya ianya benar.
Lim mencabar Rafizal (kiri) supaya mendedahkan sumber maklumat itu dan memberikan bukti terhadap dakwaannya itu.
"Di mana dia mendapatkan maklumat tersebut? Jika KM tak tahu mengenainya, bagaimana dia tahu?" tanya Lim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan