Khamis, 11 Disember 2014

Mahkamah ketepi saman balu PI Bala terhadap PM

MALAYSIAKINI



 
 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan saman RM1.9 juta yang difailkan oleh balu P Balasubramaniam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tujuh yang lain.
 
Hakim Datuk Hasnah Mohamed Hashim berkata A Santamil Selvi tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu.
 
Katanya, kenyataan tuntutan juga gagal menyatakan sebab yang munasabah untuk bertindak terhadap semua defendan dan dakwaan konspirasi.
 
Santamil memfailkan saman itu pada Jun tahun ini.
 
Mahkamah bagaimanapun, tidak memutuskan sama ada tiga orang anak Santamil dengan mendiang suaminya Balasubramaniam mempunyai locus untuk memfailkan saman itu, kata peguam keluarga itu, Americk Sidhu (kiri).
 
Hasnah turut memerintahkan Santamil membayar kos RM2,000 kepada enam daripada sembilan defendan, termasuk Najib dan Rosmah

Tiada ulasan: