SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dibidas oleh pengguna Twitter tempatan apabila tanpa usul periksa beliau memuatnaik laporan palsu kononnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dilanda banjir, baru-baru ini, lapor Mynewshub.
Dalam tweet itu juga, beliau melaporkan pesawat Air Asia terpaksa menukar haluan pendaratan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, gara-gara kejadian tersebut.
Kit Siang juga mengambil kesempatan itu untuk menyelar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dituduhnya bertanggungjawab terhadap hal tersebut.
Bagaimanapun, tak lama selepas itu beliau membuat posting baru di Twitter, memohon maaf sebab apa yang didakwanya sebelum itu tak benar sama sekali.
Menurutnya dia dapat maklumat salah daripada penumpang dan perubahan haluan pesawat yang dimaksudkannya dalam tweet sebelum itu, berpunca daripada cuaca buruk bukan sebab KLIA2 banjir!
Akibat daripada itu, ‘screenshot’ laporan Kit Siang itu menjadi viral di laman social.
Berikutan itu, tokoh pembangkang itu kemudian memuatnaik status mengecam orang ramai yang mengutuk perlakuannya menyebarkan ‘fitnah’.
Kata Kit Siang, mereka yang mengecamnya itu mencari publisiti murahan. - mynewshub.cc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan