SHAH ALAM: Keadaan banjir di Kelantan semakin memburuk di Manek Urai dan Kuala Krai apabila paras air di kawasan sekolah berkenaan yang menempatkan mangsa-mangsa banjir meningkat dengan cepat.
Menurut kiriman seorang guru di sana melalui aplikasi mesej 'WhatsApp', air mula naik dengan pantas sejak jam 5 pagi tadi.
Kata beliau lagi, pada awalnya kesemua mangsa banjir ditempatkan di tingkat 3, namun mereka berpindah ke tingkat 4 ekoran bimbang perkara buruk berlaku.
Tambahnya bantuan bekalan makanan juga mula terputus dan berharap pihak bertanggungjawab segera menghantar bantuan.
Di kawasan itu juga mengalami gangguan bekalan elektrik dan liputan telefon selular.
Berikut ialah laporan beliau:
Lokasi: SMK Manek Urai
Hasil kompilasi wasap asal daripada Cikgu Roslinawati
(Guru di SMK Manek Urai)
24/12/2014
04:22 PAGI
Hati mmg xsng duduk sbb hujan lebat berterusan...
Klu tgk air kawasan sekolah sekarang mmg mcm mimpi...xpercaya air naek setinggi sekarang...
Kpd rakan2 di luar sana...
Sekiranya kami semua dah xblh lg berhubung...tolong dptkan bantuan utk kami keluar ketempat yg lbh slmt...
Ketika ini air masih masuk dgn cpt...
Tingkat satu dah hampir tenggelam
Harap2 air xnaek lagi...
Pukul 4.15...kami ramai2 kt tingkat3 bangunan sekolah xblh tido lena.
Air srmakin naik..tingkat 1 bangunan sekolah dah tenggelam keseluruhannya sekarang....pondok jaga hadapan dah xblh nmpk lagi...
Air hampir cecah lantai pejabat klu air masuk berterusan dlm tempoh terdekat.kami semua yg ada kt sini dlm bahaya.bantuan sukar sampai sbb arus air deras.
4.40 PAGI
K.na pun tadi gesa2 tinggalkan rumah bila bunyi bedil dentum2 minta semua pindah ke kawasan selamat.....
Lgpun air sg melimpah masuk laju melalui saluran parit sebelah rumah murad...xsampai 1jam air dah hampir 1meter masuk dataran tempat perhimpunan....
5.00 PAGI
Jam 5.00 pg ini kami dah mula gerak ke tingkat 4..bangunan sebelah library memandangkan air naik dgn cepat...
Air dah mula menaiki tingkat 2 bangunan sekarang..
Ramai juga mangsa terdiri daripada knk2...
Sukar daptkan bantuan makanan sebab arus deras sungai lebir melimpah masuk kawasan penempatan.
Lokasi kami utk sebarang tindakan pihak luar.
8.24 PAGI
Tgh menyelamatkan mana2 dokumen penting dan cpu kt pejabat skrg ni..
C.Bale.....laluan ke asrama...
Rumah2 berdekatan sekolah dah hampir tenggelam sepenuhnya..
* C. Bale = cikgu Bazlan
9.20 PAGI
* Dalam keadaan sebegitu getir, Cikgu Roslinawati n kawan2 berusaha juga selamatkan fail2 dan barangan penting di pejabat pentadbiran sekolah di tingkat 1
- ulasan cikgu Bazlan
Kami dah angkat mn yg mampu. kami semua dahx berdaya skrg...
Tgh fikir nk selamatkan nyawa skrg sbb air makin naek ni.
Kita semua mangsa dlm kelaparan skrg ni....kesian anak2...
Semua yg ada kt sini dlm ketakutan.
Air xhenti2 lg naik...
Risau tebing2 tepi sungai hanyut.
Surau asrama pun dah hanyut..
*petikan drp pesanan Wasap beliau.
Lokasi 2:
Kawasan rumah mentua saya di Simpang 4 Manjor/Kg. Budi Kuala Krai (atas sikit drp Manek Urai)
Tepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang
Air sudah di paras bumbung.
Banyak keluarga berkumpul di atas bukit belakang rumah.
Amat susah dan getir situasinya.
Tiada elektrik, telco amat2 slow.
Saya akan update dari semasa ke semasa.
Harap sahabat2 di luar sana boleh salurkan maklumat ini melalui apa saja media.
Oleh: Cikgu Bazlan Bokti, SMK Manek Ura
Tiada ulasan:
Catat Ulasan