MALAYSIAKINI
Hamley’s Malaysia menjelaskan pihaknya telah mengambil tindakan disiplin
terhadap seorang pekerjanya yang meminta anak pengarah terkenal Datuk
Rosyam Nor membuka tudung untuk berkhidmat dengan mereka.
Menurut kedai permainan terkemuka itu, pekerja itu bukan sahaja tidak
mempunyai kuasa menemu duga atau mengambil pekerja, malah memberi
maklumat tidak betul kepada anak Rosyam.
“Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini,” menurut kenyataannya di Facebook semalam.
Hamley’s juga menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang dasar yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.
“Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang
membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama,” katanya.
Hamley’s juga membuat permohonan maaf terbuka kepada Rosyam, anaknya dan seluruh umat Islam ekoran insiden itu.
“Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini.
“Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya.
“Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin dan
Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi menerima
permohonan maaf kami ini,” tulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan