1MDB, MAS
KUALA LUMPUR - Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional,
Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu
jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu
berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan
ekonomi.
"Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.
"Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan
ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi
apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan
negara.
"Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa
mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di
sini, hari ini.
1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat
kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014
berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.
Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion
berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah
pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan