MALAYSIAKINI
Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang sebelum ini berjaya menawan
Dataran Merdeka bagi menuntut penurunan harga barang tahun lalu, sekali
lagi mengajak rakyat Malaysia berhimpun di lokasi sama pada malam
ambang tahun baru.
Perhimpunan sempena sambutan pada malam 31 Disember itu menyaksikan
kesepakatan gabungan 17 NGO bersama Pemuda PAS dan PKR menganjurkan
demonstrasi bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak RON95 kepada
RM1.90 seliter.
Harga RON95 kini berharga RM2.26 seliter dan harga RON 97 pula RM2.46 seliter.
Demonstrasi djadual berlangsung di Dataran Merdeka itu bermula pada 9 malam.
Pengerusi TURUN Azan Safar berkata dijangka seramai 10,000 orang akan
menyertai perhimpunan itu sebagai membantah kenaikan harga minyak.
Mereka meminta peserta memakai baju berwarna hitam.
Beliau berkata mereka tidak akan memohon permit untuk mengadakan
perhimpunan memandangkan ia sebagai cara menyambut malam tahun baru.
"Kenapa harus mohon permit sekiranya kita turun untuk menyambut malam tahun baru?" katanya dalam sidang medianya hari ini.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais pula menyeru agar semua untuk turun beramai-ramai ke demonstrasi pada malam tersebut.
"Sekiranya harga minyak tidak turun itu bukan masalah, saya rasa lagi
bagus kerana rakyat marah kerana lebih senang untuk kita membenci Umno,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan