Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini
diarahkan membayar RM250 ribu sebagai ganti rugi terhadap tindakan
memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Hakim Mahkamah Tinggi Yeoh Wee Siam memutuskan Utusan
bersalah dan bertanggungjawab menyiarkan artikel ‘Kit Siang manipulasi
CEC?’, 18 Ogos tahun lalu.
“Saya mendapati bahawa defendan (Utusan) adalah bertanggungjawab melakukan fitnah.
“Defendan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM250 ribu
sebagai ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kerosakan teruk,” kata
Yeoh.
Yeoh juga memerintahkan Utusan untuk membayar RM25 ribu untuk kos.
Artikel bertajuk ‘Kit Siang manipulasi CEC?’ oleh Mingguan
Malaysia tersebut memetik kandungan buku ‘Laporan Ekuiti’ memfitnah Kit
Siang menipu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada
tahun 2012, kononnya demi menjamin kedudukan dalam parti itu.
Antara tuduhan dilemparkan adalah berhubung sejumlah 753
perwakilan tidak dimaklumkan tentang Kongres DAP, serta kewujudan 547
pengundi hantu dari Pulau Pinang.
Pada 26 September lalu, penulis artikel fitnah Lim Kit
Siang itu, Kasthuri K Manimaran mengaku artikel terbabit memang
bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan memburukkan imej tokoh veteran
DAP itu di mata masyarakat. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan