MALAYSIAKINI
Cukai tiket wayang dijangka naik kepada 31 peratus daripada harga jualan
selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan bermula
April tahun depan.
Ini ekoran tambahan 6 peratus GST kepada cukai hiburan sedia ada 25 peratus, menurut jangkaan laman promosi filem terkenal Cinema Online.
Ini kerana GST menjadi cukai baru dan bukan menggantikan Cukai Jualan
dan Perkhidmatan (SST), seperti dalam kes barangan dan perkhidmatan
lain.
“Cukai
GST yang baru mahu menghapuskan SST, ia kedengaran seperti perjanjian
yang cukup baik secara matematik bukan? Salah, kerana tiket wayang tidak
tertakluk kepada SST, hanya cukai hiburan (cukai 25 peratus sedia ada),
itu sebabnya cukai yang diletakkan sudah tinggi.
“Dengan enam peratus cukai tambahan (GST), ditambah dengan 25 peratus
cukai hiburan anda, ini akan menjadikan jumlah cukai yang anda perlu
bayar sebanyak 31 peratus dan ini hanya untuk membeli sekeping tiket
wayang,” katanya penulis portal itu Naseem Randhawa.
Bukan itu sahaja, menurut Naseem lagi, makanan ringan yang dijual di
luar panggung wayang seperti bertih jagung akan turut dikenakan enam
peratus cukai GST.
“Pelaksanaan GST akan menyebabkan dompet kita lebih ringan dan tidak berat.
"Bagaimanapun, jika anda berfikir untuk makan di panggung wayang di TGV
atau GSC yang mana harga makanan telah dimasukkan caj perkhidmatan
sebanyak sepuluh peratus dan ditambah pula dengan GST enam peratus, ini
menjadikannya lebih mahal,” katanya.
Sekitar Kuala Lumpur, tiket wayang paling murah boleh diperoleh dengan
harga RM8, pada waktu-waktu tertentu, tetapi kebiasaannya belasan
ringgit.
Tinjauan atas talian
Cinema Online turut membuat tinjauan atas talian bagi mendapatkan maklum balas pengguna di laman web berkenaan.
Lapan
soalan diajukan, termasuk berhubung kesediaan penonton berdepan harga
baru dan adakah mereka akan tetap menonton filem di panggung wayang atau
beralih kepada alternatif lain.
Mereka juga ditanya sama ada cukai hiburan patut dimansuh atau dikurangkan dengan pengenalan GST.
Portal itu bagaimanapun tidak memberitahu bilakah hasil maklum balas dari pengguna akan diumumkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan