KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : KEADILAN menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden pesawat MH17 dan mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan.
Seluruh keluarga KEADILAN merakamkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ini.
“Negara kita dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragis di pagi Jumaat, Ramadan ke-20, berlakunya kemalangan terhadap pesawat MAS, MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia malam tadi.
“Dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini,” kata Wan Azizah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan