MALAYSIAKINI
MCA mengakui reputasi Malaysia terjejas dengan tindakan anggota parlimen
Kinabatangan Bung Mokhtar Radin memuji Adolf Hitler selepas kemenangan
besar Jerman terhadap Brazil dalam Piala Dunia.
Pengerusi Biro Keharmonian MCA Ti Lian Ker (kanan) mengakui reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa menjadi taruhan dan tidak perlu dikaitkan dengan fahaman neo-Nazisme.
“Cukup buruk akhirnya Malaysia terkenal dengan tindakan seorang
rakyatnya yang dilaporkan menjadi militan dengan menyertai kumpulan
pengganas Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL).
“Kita juga tidak perlu dikenali sebagai negara yang menyokong
neo-Nazisme dan kepercayaan rosak terhadap kekuatan genetik bangsa
Aryan, dan penghapusan etnik yang dianggap lebih rendah,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, kenyataan Bung itu memalukan dan sekali gus
mengejutkan apabila beliau memberikan penghormatan kepada Hitler.
Ti juga mengingatkan bahawa Piala Dunia bebas bebas daripada unsur politik.
Bung ditimpa kontroversi semalam selepas memuji kemenangan 7-1 Jerman dalam perlawanann separuh akhir Puala Dunia 2014.
Menulis di Twitter, beliau memuji Hitler dan menyamakan usaha pasukan pemenang dengan perjuangan pemimpin Nazi itu.
Tindakan itu memberikannya liputan meluas termasuk media antarabangsa dan mengundang kritikan hebat padanya.
MP: Paksa Bung undur
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mengarahkan Bung maaf atau memaksanya meletakkan jawatan.
“Tweet awal Bung itu sangat menyinggung perasaan dan tingkah lakunya tidak boleh diterima sebagai seorang ahli parlimen.
“Penolakan permohonannya dan kejahilannya membela diri lebih-lebih lagi tidak boleh diterima.
“Banyak ahli politik dalam negara-negara demokratik meletakkan jawatan
kerana membuat kenyataan taksub dan perkauman,” kata anggota Parlimen
Serdang Ong Kian Ming (kiri).
“Oleh kerana Bung nampaknya tidak akan memohon maaf atau meletakkan
jawatan ekoran kenyataannya, saya tuntut PM Najib meminta anggota
parlimen Kinabatangan itu meminta maaf secara terbuka...
“Dan minta beliau letak jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat Umno
dan MP Kinabatangan, sebagai tanda bahawa beliau seorang PM yang
meletakkan nilai kepada reputasi Malaysia, reputasi parlimen Malaysia
dan juga reputasi partinya sendiri Umno di peringkat antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan