PETALING JAYA:
Wanita yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh pegawai
diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu namanya didedahkan supaya
dia dapat membantu menangani masalah keganasan seksual di negara itu.
Tania
Billingsley, 21, berkata, dia bukanlah "orang yang berada di tempat
kejadian" tetapi dia mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan
mengenai serangan berkenaan.
"Ini
kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk
meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani
sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini,"
katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada Rabu.
Pegawai
Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, yang merupakan pembantu pegawai
pertahanan bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand,
didakwa melakukan serangan seksual terhadap Billingsley di kediamannya
di Wellington.
Muhammad
Rizalman dilaporkan mengikut wanita itu yang pulang ke rumahnya di
Brooklun pada malam 9 Mei dan didakwa melakukan serangan dengan niat
untuk merogol.
Billingsley berkata, dia hanya menyedari status diplomatik Rizalman pada 11 Mei, pada hari ulang tahun kelahirannya.
"Saya berada di balai polis pada pagi itu dan diberitahu bahawa dia (Rizalman) merupakan seorang diplomat," katanya.
Rizalman,
38, pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu selepas Suruhanjaya Tinggi
Malaysia dilaporkan menolak permintaan Kementerian Hal Ehwal Luar dan
Perdagangan New Zealand untuk mengetepikan kekebalan diplomatiknya bagi
membawanya untuk didakwa di New Zealand.
Billingsley mendapat tahu mengenai Rizalman meninggalkan negara itu pada hari yang sama.
"Saya
mendapat tahu bahawa dia akan pulang (ke negaranya) pada hari dia
bertolak. Sejak itu, polis begitu bekerjasama untuk memberi maklumat
kepada saya, malah bila mereka sendiri tidak tahu untuk apa yang dapat
dimaklumkan.
"Saya
mendapat panggilan telefon dan seperti, 'Anda hendak tahu bahawa kami
baharu sahaja mendapat tahu dia meninggalkan negara hari ini'.
"Sudah
tentu saya kecewa dan marah kerana sejak awal lagi berkata yang saya
mahu dia berada di New Zealand dan diadili di sini, tambah Billingsley.
Media Dominion Post pula
melaporkan bahawa Hakim Bruce Davidson membenarkan permohonan di
Mahkamah Daerah Wellington untuk mengetepikan sekatan terhadap namanya
pada Rabu, menerusi saluran berita Channel 3.
Rizalman ketika ini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian perubatan.
Pada
2 Julai lalu, Malaysia memutuskan untuk menghantarnya kembali ke New
Zealannd untuk membantu siasatan meskipun tarikh untuk pergi ke negara
itu masih belum ditetapkan.
Kementerian Pertahanan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan