MALAYSIAKINI
KINIBIZ Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak boleh memilih dan memutus peneroka
untuk menerima dividen kerana undang-undang syarikat di Malaysia
menetapkan semua pemegang saham mesti dilayan sama rata, kata NGO
Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).
"Setiap
pemegang saham daripada kelas yang sama perlu dilayan dengan sama rata,
termasuk bayaran dengan jumlah yang sama bagi dividen sesaham," Ketua
Pegawai Eksekutif MSWG Rita Bushon melalui emel kepada KiniBiz.
"Selagi mereka merupakan pemegang saham yang sah, dividen tidak boleh ditahan," tambahnya.
Beliau mengulas keputusan Lembaga
Pengarah Felda bahawa peneroka yang menyaman agensi tanah itu tidak
akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)
dan wang saguhati hari raya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, seorang jurucakap bahagian komunikasi korporat Felda
menjelaskan dividen yang tidak diberikan itu adalah dividen dari tabung
amanah peneroka.
"Ini bukan kepada pemegang saham berdaftar. Ia adalah daripada tabung amanah peneroka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini.
Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan