MALAYSIAKINI
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian
pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan
dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers semalam.
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
"Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak
melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya di ibu negara
hari ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang
dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas
dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers,
Algeria.
Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.
Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan