SHAH ALAM: Berikut adalah rakaman perbualan yang dicanang sebagai bukti
oleh Ukraine bahawa Penerbangsan Malaysia MH17 ditembak jatuh oleh
militan yang disokong oleh Russia untuk menentang kerajaan Ukraine.
Rakaman ini membabitkan pegawai agensi risikan tentera Rusia dan pihak militan Ukraine.
Igor Bezler adalah dikatakan pegawai pasukan militan dan pegawai risikan Rusia adalah Vasili Geranin.
Vasili Geranin: Mana juruterbang pesawat
Bezler: Kami pergi mencari dan mengambil gambar pesawat. Ada asap.
Geranin: Bila kejadian berlaku
Bezler: Kira-kira setengah jam lalu
Berikut satu lagi rakaman membabitkan dua pegawai militan yang
dikenalpasti sebagai Grek dan Major selepas tinjauan dilakukan ke atas
lokasi pesawat MH17 terhempas.
"Major": Pesawat musnah ketika dalam penerbangsan. Kami sudah menjumpai mayat-mayat. Mereka orang awam.
"Major": Ia 100 peratus pesawat awam.
"Greek": Berapa ramai orang? Pesawat jenis apa
"Major": saya belum pastikan. Saya belum ke lokasi.
Saya cuma berada di lokasi awal di mana mayat-mayat jatuh ke bumi. Yang
tinggal cuma tuala ubat-ubatan dan barangan orang awam.
"Greek": Apa-apa dokumen
"Major": Ya, seorang pelajar Indonesia daripada Univesiti Thompson.
Satu lagi perbualan adalah dengan seorang militan yang tidak dikenali dan pegawai militan Nikolay Kozitsin.
Militan: Dalam TV, mereka mendakwa yang ditembak
adalah pesawat pengangkut AN26. Tapi bangkai pesawat ditulis Malaysia
Airlines. Apa pesawat ini buat dalam wilayah Ukraine?
Kozitsin: Bermakna mereka membawa penguntip. Mereka tidak patut terbang di sini. Ini kawasan perang.
MAS menegaskan MH17 menggunakan laluan udara yang di luluskan oleh
badan pengawal lalu lintas udara yang telah mengambil kira perang
saudara di Ukraine itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan