(Ketua Penerangan PAS Sabah)
PAS Sabah memandang serius peristiwa penculikan yang berlaku pada 2 April 2014 lalu di Pulau Singamata Semporna, Sabah. Penculik yang melibatkan kumpulan bersenjata api dari luar negara itu telah melarikan seorang pelancong wanita berasal dari China manakala seorang lagi berasal dari Filipina yang juga merupakan pekerja resort peranginan berkenaan.
Ironisnya,
penculikan ini berlaku hanya selang beberapa bulan daripada peristiwa
sebelum ini yang terjadi pada 15 November 2013 apabila seorang lelaki
warganegara Taiwan ditembak mati dan isterinya pula telah diculik.
Masih
segar dalam ingatan kes yang menggemparkan negara pada tahun lalu lebih
200 orang bersenjata api mendarat di Tanduo, Lahad Datu. Sejak
peristiwa itu, beberapa kali penceroboh cuba menyusup masuk ke perairan
Sabah.
Mala
petaka apakah yang menimpa negeri Sabah khususnya rakyat negeri ini?
Nyawa terdedah kepada ancaman bahaya dan menggugat keselamatan.
Di
manakah tanggungjawab pihak kerajaan terutama Kerajaan Persekutuan yang
diamanahkan menjaga ketenteraman awam dan negara dari serangan musuh
dan penceroboh?
Mengapakah dengan tertubuhnya ESSCOM (East Sabah
Security Command) yang melibatkan 10 daerah di Timur Sabah, musuh masih
lolos? Kerajaan sewajarnya mengkaji semula penubuhan ESSCOM ini.
PAS
Sabah sangat bersimpati atas kesengsaraan petani dan nelayan yang
bergantung hidup di kawasan laut. Begitu juga para pengusaha resort dan
perhotelan serta industri pelancongan turut juga mendapat kesannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan