ANTARAPOS.COM
ALOR SETAR : Dua puluh tiga nelayan nyaris maut selepas sebuah bot
menangkap ikan bilis terbakar dan karam berdekatan Pulau Lima, Langkawi
Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata tujuh anggota
dihantar ke tempat kejadian menggunakan bot selepas beberapa minit
menerima panggilan mengenai kejadian itu yang berlaku 10.30 pagi.
Katanya kesemua nelayan dilaporkan selamat selepas dibantu bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan