Khamis, 25 April 2013

Umno-BN ‘gulung tikar’ akibat khianat

DETIK DAILY

BERIKUT pandangan AJK PAS Pusat, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pengkhinatan Umno-BN terhadap orang Melayu. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.

WARTAWAN: Umno-BN terlalu banyak melakukan tindakan mengkhianati orang Melayu. Reaksi Dato’ Seri mengenai dakwaan itu?

NIZAR: Memang benar. Umno-BN mengkhianati orang Melayu. Banyak bukti yang boleh diberikan mengenai pengkhianatannya.
Apa yang terjadi di Lahad Datu sekarang adalah salah satu bukti Umno-BN mengkhianati Melayu.

Yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu itu adalah orang Melayu dan orang Sulu.

Jika Umno-BN tak khianati orang Melayu, kejadian itu tak akan berlaku. Punca kejadian itu adalah daripada “Projek IC” yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dulu.

Selain itu, wang RM25 bilion yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputra lesap. Tanah rizab Melayu yang dahulunya berjumlah 3 juta hektar kini hanya tinggal kurang daripada separuh. Itu semua angkara Umno-BN.

Itu semua tak masuk lagi hilangnya Islam sebagai kebudayaan Melayu. Dulu kalau disebut Melayu pasti tidak lekang dengan Islam, tetapi kini hanya tinggal nama sahaja. Orang Melayu sekarang sudah tidak lagi menjadikan Islam sebagai ad-deen dalam kehidupan harian. Ini juga turut berlaku dalam pentadbiran sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai salah guna kuasa.

Banyak lagi yang Umno-BN khianati Melayu...

Dulu orang Melayu boleh tulis Jawi, kini sudah tidak pandai tulis Jawi lagi. Ini sepatutnya tidak berlaku. Tetapi di bawah pemerintahan Umno-BN, ia berlaku.

Ini satu pengkhianatan terhadap orang Melayu yang tidak boleh dinafi kan oleh sesiapa pun.

Dulu orang Melayu yang nak menyambung pelajarannya dapat biasiswa. Sekarang biasiswa dah hilang.
Sebaliknya, orang Melayu nak sambung pelajarannya ke institusi pengajian tinggi terpaksa menanggung hutang. Disebabkan tiada biasiswa, orang Melayu terpaksa berhutang dengan PTPTN.

Umno-BN nampak macam tak mesra Melayu dalam isu-isu pendidikan berbanding Pakatan Rakyat. Apa komen Dato’ Seri?

Pakatan Rakyat sebenarnya bukan sekadar nak bantu orang Melayu dalam pelajaran, tetapi juga ingin mengembalikan semula maruah orang Melayu yang dihilangkan oleh Umno-BN.

Dalam Buku Jingga, Pakatan sudah pun tegaskan untuk bagi pendidikan percuma kepada rakyat. Langkah yang hendak dilaksanakan itu memang mampu kembalikan semula maruah orang Melayu. Ini menyebabkan sokongan rakyat terhadap Umno-BN semakin terhakis.

Apabila Pakatan mahu membela orang Melayu, Umno-BN secara automatik akan dihumban keluar oleh rakyat. Bn akan ‘gulur tikar’ selepas ini. Itulah yang menyebabkan Umno-BN begitu cemas sekarang.

Pemimpin Umno tidak teragak-agak untuk menyerang Pakatan dengan pelbagai fi tnah. Rakyat dapat rasakan ini...

Kita amat kesal dengan berbagai-bagai dakyah dan fi tnah yang disebarkan pemimpin Umno-BN untuk burukkan Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukan itu begitu menusuk hati orang Melayu.

Tetapi kita yakin, rakyat semakin faham dan semakin bijak menilai antara yang benar dan yang salah. Malah sekarang pun kita dah dapat tengok, fi tnahfi tnah yang disebarkan mereka itu telah kembali kepada batang hidung mereka sendiri.

Apa syor Dato’ Seri untuk menyekat pengkhinatan Umno terhadap orang Melayu?

Saya menyeru kepada rakyat agar menolak Umno-BN dalam PRU13 akan datang. Semakin lama Umno-BN dibiarkan berkuasa, pelbagai penyelewengan, rakyat pasti akan lebih tersepit.

Jadi rakyat mesti menyekat Umno-BN daripada terus berkuasa supaya maruah rakyat, maruah Melayu dan segala hak rakyat yang semakin terhakis itu dapat dikembalikan semula kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat.

PRU13 adalah peluang terbaik kepada rakyat menolak Umno-BN. Apalah gunanya rakyat menyokong Umno-BN, jika rakyat telah dibalas dengan pelbagai pengkhianatan. Di bawah Umno- BN, agama Islam semakin terhakis, maruah dan hak orang Melayu juga kian lenyap

Tiada ulasan: