KL TODAY
GEMAS:
Aktivis reformasi, Hishamuddin Rais, memberi ingatan bahawa jika
berlakunya unsur penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini,
rakyat tidak akan teragak-agak turun ke jalanraya menuntut keadilan.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Felda Pasir Besar yang
terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas kelmarin.
Gemas menjadi popular sejak tiga tahun lepas berikutan kontroversi Pusat Fidlot Negara atau lebih dikenali NFC terletak di sini.
Walaubagaimanapun jumlah orang ramai yang hadir pada malam itu tidak memberangsangkan.
FMT
difahamkan oleh penganjur bahawa ramai pengundi sekitar di DUN Gemas
telah pergi ke bandar Segamat untuk mendengar ceramah Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam yang sama.
Perjalanan dari Gemas ke Segamat hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Hishamuddin
memulakan ceramah dengan memberi penjelasan tentang usaha Kerajaan
Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada tahun lepas di bawah pimpinan Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah jalankan satu siasatan daftar pengundi,
dengan membelanjakan RM5 juta.
“Selama
enam bulan Kerajaan Selangor telah pergi rumah ke rumah memeriksa dan
menyelidik dan telah menemui 134,000 mamat- mamat, minah-minah yang
tidak ketahui jantan betinanya.
“Mamat-mamat, minah-minah ini diimport ke negeri Selangor bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat).
“Saya rasa di Negeri Sembilan ini permasalahan pengundi hantu ini tidaklah seberat yang sedang berlaku di Selangor.
Kes penipuan
“Di
Selangor, saya hendak beritahu satu lagi permasalahan, satu lagi kes
penipuan yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Awal bulan ini
penyandang ahli parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) telah membawa
kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Charles membuat aduan bahawa telah kehilangan 5,000 nama pengundi (di parlimen Klang).
“Pada masa
yang sama penyandang ADUN Kampung Medan, Haniza Talha membuat aduan
bahawa 4,000 nama pengundi hilang (di DUN Kampung Medan).
“Kes yang dibawa oleh Charles ke Mahkamah Tinggi Shah Slam, telah dibuang manakala kes Kampung Medan belum didengar.
“Apa yang
ingin saya katakan di sini ialah pada ketika ini terlalu ramai orang
hilang nama. Entah ke mana perginya (nama pengundi), mungkin telah
dibaham jin dan hantu,” jelas Hishamuddin dan ini membuat para hadirin
ketawa besar.
Hishamuddin
berkata itulah hakikat yang banyak berlaku di Selangor. Justeru beliau
meminta orang ramai yang hadir menyemak nama (daftar pengundi) dari
sekarang sebelum hari mengundi.
“Kes
kehilangan nama ini berlaku begitu banyak sekali di seluruh negara.
Pada 5 Mei ini akan ada kumpulan pemantau yang disusun Bersih dan NGO.
Mereka akan jadi pemantau.
Muka-muka tidak dikenali
“Adalah
hak tuan-tuan, jikalau ternampak muka-muka yang tidak dikenali.
Tuan-tuan berhak bertanya siapa mereka. Malah jika tuan mengesyaki
mamat-mamat atau minah-minah Indon atau Bangla, pegang dia dan hantar
kepada polis.
“Ini
dipanggil ‘citizen arrest’. Ini adalah hak kita sebagai warganegara.
Jangan takut, jangan segan. Ini negara kita, maka kitalah yang
bertanggungjawab. Bukan Bangla, bukan Indon, bukan Myanmar,” tegas
Hishamuddin.
Hishamuddin turut mengingatkan bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
“(Kalau
syak), ambillah tanggungjawab ini, beranikan hati, tanya dia: ‘kau dari
mana? siapa nama? mak kau siapa? atuk kau siapa? kau cucu siapa ni?
“Ini penting kerana penipuan-penipuan ini dirancang.
“Perancangan
penipuan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya,
dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Ini bukan tohmah daripada
Hishamuddin Rais, ini bukan fitnah daripada Hishamuddin Rais.
“Ini adalah fakta hasil daripada siasatan (Suruhanjaya DiRaja) yang dijalankan di Sabah.,” kata Hishamuddin.
Ke mana kita akan pergi
Hishamuddin berkata kali ini adalah pilihan raya yang akan menentukan garis ke mana rakyat akan pergi.
“Jikalau
pilihan raya kali ini, dia melakukan penipuan; saya telah mencadangkan,
jika berlaku lagi penipuan, maka tidak ada jalan lain melainkan turun
ke jalanraya.
“Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari (2013), 500,000 rakyat dari seluruh
Semenanjung telah berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
Semenanjung telah berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
“Apakah maknanya? Apakah maknanya 500,000 orang yang berkumpul pada petang itu?
“Tujuan
kita membuat HKR itu ialah untuk memberi amaran kepada Najib (Perdana
Menteri), Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri), Mahathir (bekas Perdana
Menteri) dan Rosmah (isteri Perdana Menteri); ‘jangan tipu pilihan
raya.’
“Jangan tipu pilihan raya…jangan tipu pilihan raya… jangan tipu pilihan raya…
“Tipu
pilihanraya, kita turun ke jalanraya,” berucap Hishamuddin bersemangat
dan orang ramai menjerit menyatakan persetujuan ‘ya’.
Hishamuddin
meneruskan ucapan dan berkata: “Justeru saya menyeru ibu-ibu,
bapa-bapa, marilah kita sama-sama jatuhkan kerajaan ini.
“Kita
tidak perlu lagi takut, kita tidak perlu lagi berselindung; memang niat
akidah, cita-cita kita ialah untuk jatuhkan United Malay
National Organization. Tidak ada aak..eek..uuk, memang kita hendak jatuhkan kerajaan United Malay National Organization.
“Kita
hendak gantikan kerajaan ini dengan sebuah kerajaan yang lebih adil dan
demokratik yang akan menjalankan satu pilihan raya yang bersih dan
adil.
Pada malam
yang sama Hishamuddin turut berceramah di Felda Sungai Kelamah yang
juga terletak di dalam DUN Gemas. Intipati ucapan ceramah beliau lebih
kurang sama dengan ucapan di Felda Pasir Besar.
Lawak jenaka
Walaubagaimanapun ada elemen lawak jenaka beliau yang menggamatkan seketika malam dingin tersebut.
“Berapa
berat Rosmah (isteri Perdana Menteri) tidak penting, berapa gemuk
Rosmah tidak penting, berapa besar seluar dalam Rosmah tidak penting;
yang penting kita bersatu jatuhkan Umno,” kata Hishamuddin dan orang
ramai yang hadir ketawa besar kerana tidak tahan dengan lawak jenaka
Hishamuddin.
Sementara
orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang mengerumuni Hishamuddin
untuk membeli buku tulisannya yang terbaru ‘Tipu pilihanraya, turun
jalanraya’ dan mendapatkan tandatangan (autograf) beliau.
DUN Gemas akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Abdul Razak Abdul Said (BN) dan Karip Mohd Salleh (PKR).
Komposisi pengundi DUN Gemas ialah Melayu 82.56 peratus, Cina 8.31 peratus, India 5.30 peratus dan lain-lain 3.83 peratus.
Jumlah pengundi DUN Gemas ialah 22,771 pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan