Sabtu, 6 April 2013

Senarai penuh calon KEADILAN dijangka hujung minggu ini – Azmin

Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Rundingan pembahagian kerusi KEADILAN berjalan lancar dan dijangka selesai dalam waktu terdekat, mungkin hujung minggu ini, kata Mohamed Azmin Ali.

“Menjelang hujung minggu ini, semua pembahagian kerusi antara KEADILAN selesai manakala rundingan antara Pakatan dijangka selesai petang ini,” kata Timbalan Presiden KEADIAN itu.

Azmin

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata, KEADILAN akan mengadakan pertemuan sekali lagi bersama pimpinan tertinggi PAS dan DAP untuk meneliti beberapa kerusi.

“Saya yakin kita boleh selesaikan selewat-lewatnya hujung minggu ini. Bagaimanapun hampir 95 peratus sudah selesai,” katanya.

Setakat ini, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata, hanya senarai calon yang diumumkan Ketua Umum KEADILAN pada ceramah, boleh diterima sebagai rasmi.

Tiada ulasan: