Isnin, 8 April 2013

SD2 Bala cukup bukti untuk disiasat – Musa Hassan

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, siasatan berhubung paksaan mengubah perakuan sumpah pertama (SD1) P Balasubramaniam boleh dibuka semula.

Musa lagi

Ini kerana pengakuan peguam Americk Singh Sidhu yang diberitahu Cecil Abraham bahawa akuan bersumpah kedua (SD2) untuk bekas penyiasat persendirian itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya rasa ini bukti baru. Sekiranya ada bukti baru bermakna siasatan boleh dibuka semula,” kata Musa pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Americk Sidhu
Americk Sidhu

Begitu juga katanya jika ada keterangan baru dalam kes berkenaan maka perlu siasatan.

“Saya nyatakan, kalau ada keterangan baru mesti ada siasatan. Kalau siasatan dah ditutup, (ia) perlu dibuka semula.

“Terpulang kepada polis atau pun Jabatan Peguam Negara,” kata Musa.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Bala mendedahkan SD kedua untuk bekas penyiasat persendirian itu adalah atas arahan Perdana Menteri, Najib Razak.

Pengakuan itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Peguam Malaysia (Bar Malaysia) di Kuala Lumpur 16 Mac lalu.

Perkembangan tersebut disambut Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar.

Katanya, siasatan akan dibuka semula terhadap dakwaan bahawa Bala dipaksa membuat SD palsu jika terdapat bukti baru.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tidak ada tindakan dari PDRM mahu pun Jabatan Peguam Negara. – SDQ

Tiada ulasan: