Pada penamaan calon pagi ini, calon Bebas, R Rajandren turut mengemukakan kertas pencalonannya bagi kerusi parlimen itu tetapi menarik diri pada saat-saat akhir, 15 minit sebelum proses penamaan calon ditutup.
Abdul Ghani tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Johor Baharu, di sini pada pukul 9.10 pagi, kira-kira lima minit awal daripada Lim.
Beliau tiba bersama Dr Zaini Abu Bakar, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya dan calon BN bagi Dun Skudai, Liang Ah Chye.
Rajandren, 55, bekas anggota tentera dan Ketua Cawangan MIC Skudai Baru, tiba sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka tepat pada pukul 9 pagi bersama penyokong serta pencadang pencalonannya.
Lim pula tiba di pusat penamaan calon ditemani Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang bertanding kerusi Dun Skudai dan wakil kepada Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang akan bertanding untuk Dun Nusajaya serta kerusi Parlimen Pulai.
Abdul Ghani mengemukakan pencalonannya pada pukul 9.30 pagi, kira-kira 10 minit selepas Lim.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan