Lamanweb, yang memuatkan "Borang B1", tidak dapat diakses sejak semalam. Dan keadaannya masih tidak berubah setakat jam 4.30 hari ini.
Rasa kecewa dan tidak puashati mereka itu diluahkan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kebanyakannya mengenai ketidakupayaan SPR menangani apa isu kecil seumpama itu.
Natalie Chia, yang tinggal di Taiwan, memberitahu Malaysiakini bahawa penyokong BERSIH 2.0 di Taipei datang membantu dengan mengedarkan "Borang B1" kepada rakyat Malaysia di Taiwan dan China.
"Mereka mengambil alih tanggungjawab SPR dan melakukannya dengan baik," kata Chia, sambil menambah kumpulan itu juga turut mewujudkan hotline telefon untuk menjawab sebarang pertanyaan.
Seorang doktor Malaysia yang bekerja di England, yang enggan namanya disiarkan, tidak begitu bernasib baik dan masih tetap terpaksa bergantung kepada lamanweb SPR.
"Lamanweb ini sangat perlahan. Apabila saya akhirnya berjaya untuk mengakses lamanweb itu, pautan ke 'pengundi di luar negara' tidak berfungsi.
"Ekoran itu, saya terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada pilihan raya Malaysia yang akan datang, melainkan jika saya membuat perjalanan 16 jam (pulang ke Malaysia), yang amat menyulitkan," katanya kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan