Pertembungan diantara Husam Musa
dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi
diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus
terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil
yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka
Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan
berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.
Husam seorang Naib Presiden PAS
dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan.
Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian
atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan
Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.
Jika kita benar-benar memilih
mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk
mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada
pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej
palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.
Justeru jika rakyat Putrajaya
mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah
patut
dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif
yang
berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya
sebagai
kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat
dan
sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya
Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari
lawannya itu.
Saya yang merupakan pengundi di
Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim
seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan
menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan
terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.
Husam perlu diberikan sokongan
samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang
lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi
Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang
wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.
Saya berdoa agar Husam sentiasa
berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa.
1 ulasan:
ya ya pas mau lelong ppj?
Catat Ulasan