Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR 5 APRIL: Rakyat Selangor perlu mengekalkan pemerintahan
Pakatan Rakyat jika tidak mahu negeri itu ditadbir pemimpin rasuah dan
salah guna kuasa seperti pentadbiran terdahulu, kata Menteri Besar, Tan
Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata, sepanjang lima tahun mentadbir Selangor, Pakatan
berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat dengan menjaga kredibiliti
mereka selaku pemimpin yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.
“
"Harapan
saya dan barisan Exco agar pengundi di Selangor membuat penilaian
terbaik berdasarkan pencapaian kami selama lima tahun.
“Kami amat bangga kerana sepanjang tempoh ini, tiada seorang Exco,
Adun atau pegawai tinggi kerajaan yang menghadapi tuduhan salah guna
kuasa dan rasuah,” katanya.
Sehubungan itu, kata Khalid, rakyat boleh menilai sendiri pembangunan
yang diseiringkan dengan kebajikan sebagai teras pentadbiran Pakatan di
Selangor.
“Saya menyeru kepada seluruh pengundi dan rakyat Selangor agar terus
memberikan kami mandat agar kami dapat meneruskan sebuah pentadbiran
reformasi.
“Kami bukan sahaja mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju
dengan jumlah pelaburan tertinggi tetapi pada masa sama kami
mengutamakan kebajikan rakyat dengan program-program pembangunan,”
katanya pada sidang media di bangunan Annex, Shah Alam, selepas DUN
Selangor dibubarkan, petang semalam.
Hadir sama, barisan Exco – Iskandar Samad, Dr Xavier Jayakumar,
Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail, Yaakob
Sapari dan Dr Ahmad Yunus Hairi. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan