Roketkini.com
GELANG PATAH, : Pengundi diingatkan berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers pro-UMNO/BN yang memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sejak kempen rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bermula.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan UMNO/BN itu berbeza dengan DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat memulakan kempen secara bersih, adil dan telus.
“Ini adalah prinsip bersama kami ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
“Saya sedar ada kempen kotor yang terus dilakukan pihak tertentu, terutamanya oleh cybertroopers pro-UMNO/BN, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan yang tidak sihat dan bersifat hasutan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Kit Siang yang bertandiong di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 ini berkata, walaupun golongan itu terus memfitnah dan menyebarkan berta palsu, saya bersama DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan berputus asa untuk terus berkempen dengan cara yang baik dan terhormat sebagaimana yang kami telah lakukan sejak beberapa dekad lalu.
“Saya harap rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan, sama ada yang disebarkan melalui internet atau melalui ceramah. Fitnah amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,” ujarnya.
Beliau berkata, semua fitnah terhadap DAP sebagai parti perkauman, parti cauvinis, parti anti-Islam dan sebagainya adalah tidak benar dan bohong belaka.
“DAP adalah parti politik yang sah yang menghormati Perlembagaan Persekutuan. DAP menolak segala bentuk politik perkauman dan diskriminasi kaum, agama dan gender.
“DAP telah lama berjuang untuk memastikan kita semua hidup harmoni, aman damai sebagai rakyat Malaysia yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, dan tidak perlu was-was. Inilah prinsip kami yang mengutamakan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau yakin rakyat Malaysia, terutamanya pengundi tidak menerima bulat-bulat fitnah cybertroopers UMNO/BN atau golongan yang membenci kaum lain, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada 5 Mei ini.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan