Mohd Nor Yahya, |
KUBANG KERIAN:
Mungkinkah kerana jasa memburukkan PAS pada setiap program penyampaian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini, Shamsul Mohd Yusoff
dicalonkan mewakili BN di Dun Pasir Tumbuh.
Malah
kemunculan ustaz yang mendakwa mewakili Minda Pondok itu menyebabkan
Ketua Umno Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail terpinggir, tanpa
mendapat sebarang kerusi.
(Datuk Fauzi [tengah] sibuk siang malam berkempen untuk Umno tetapi terpinggir)
Begitu juga bekas Presiden Persatuan Bekas
Tentera Malaysia, Datuk Mohamad Ghani yang disebut-sebut diletak di
kerusi parlimen Kubang Kerian juga dipinggirkan Datuk Seri Mustapa
Mohamed.
Presiden Kelantanku Hijau (K), Zulkifli Yaacob
berkata, Shamsul diketengahkan sebagai calon BN sehingga mengenepikan
pemimpin Umno yang sudah lama berjuang mungkin kerana jasanya
memburukkan PAS.
“Ambo nak tanya di mana salah PAS dalam
menegakkan syiar Islam di bumi Kelantan ini. Adakah pelbagai peraturan
yang dilaksana bagi mendaulatkan Islam dianggap salah.
“Semua orang tahu gejala maksiat berjaya
dibendung kerana peraturan dikehendaki Islam diperkenalkan. Hampir 23
tahun judi, konsert rock dan pelbagai lagi bentuk maksiat dihalang,”
katanya pada ceramah memperkenalkan calon PAS di sini, kelmarin.
Calon PAS yang bertanding di kerusi Kubang
Kerian iaitu Ahmad Baihaki Atiqullah (parlimen), Abdul Rahman Yunus
(Pasir Tumbuh) dan Mumtaz Md Nawi (Demit) muncul pada program berkenaan.
Zulkifli yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala
Krai mencabar Shamsul berdebat berkaitan fatwanya yang mendakwa mengundi
PAS adalah haram.
Sebelum ini Shamsul yang juga anggota
jawatankuasa Minda Pondok, NGO tajaan Umno mendakwa haram bagi orang
Melayu menyokong PAS kerana berkawan dengan DAP.
Sehubungan itu Zulkifli berharap pengundi di Dun
Pasir Tumbuh tidak terpengaruh dakwaan calon BN tersebut kerana tomahan
liar itu tidak berasas sama sekali.
“Ambo juga hairan masih ada lagi penyokong Umno
di kampung-kampung yang diperalat pimpinan atasan bagi membolehkan
mereka hidup mewah, sedangkan penyokong di bawah masih di tahap lama,”
katanya.
Sementara itu Mumtaz berkata, Umno secara
terang-terangan meminggirkan golongan wanita apabila pemimpin utama
Pergerakan Wanita Umno diketepikan sebagai calon.
“Kalau dahulu kita tengok ramai pemimpin wanita Umno disenarai sebagai calon namun sekarang amat sedikit sekali,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan