Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon.
Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu.
"(Sebanyak) 77 peratus pengundi Cina yakin janji PR menurunkan harga minyak," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media hari ini.
Antara manifesto popular PR yang ditanya kepada masyarakat termasuklah janji menurunkan caj air dan elektrik (64 peratus), menghapuskan tol (60 peratus), menurunkan harga kereta (61 peratus) dan pendidikan percuma (63 peratus).
Sementara manifesto BN yang turut ditanyakan ialah menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 (52 peratus), janji program transformasi seperti Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (52 peratus) dan jani membina satu juta rumah mampu milik (51 peratus).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan