Seorang
penerbit drama didapati cuba mempelawa seorang pelakon baru melakukan
hubungan sonsang jika mahu berlakon didalam drama terbitannya.“Tindakan
biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah
amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,”
kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.
Begitulah
nasib buruk yang menimpa Shazril pelakon yang baru lima bulan bergelar
anak. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya
watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan
songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan.
Mendedahkan
perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali
lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya
memerlukan pelakon.
“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

“Namun,
selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan
watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang,
memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan