KUALA LUMPUR — Pembunuhan seorang wanita semasa hari
masih siang di Bukit Gasing, Selangor hujung minggu lalu, membangkitkan
lagi jenayah sebagai isu utama bagi pengundi bandar pada Pilihan Raya
2013, kata pemimpin komuniti.
Putrajaya telah mengatakan dari
2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus
sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai
pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi -
telah menzahirkan kebimbangan selepas pembunuhan dan percubaaan merompak
terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing.
"Mereka
benar-benar marah kerana walaupun membayar cukai, mereka tidak mendapat
perkhidmatan," kata penganalisis politik James Chin kepada The
Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada pengundi kelas menengah di
Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
"Mereka boleh lihat polis
tidak bergerak. Anda selalu dengar tentang jenayah. Bila anda pergi buat
laporan polis, mereka tidak berminat. Itu cerita yang selalu kita
dengar," tambah pensyarah Universiti Monash Sunway itu lagi.
Polis
mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun
pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa
kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.
Pengerusi
Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan
polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas
terhadap kebimbangan awam.
"Pembunuhan Irene - apakah hanya persepsi?" soal beliau.
"Jenayah
meningkat tetapi mereka katakan ianya tidak berlaku. Apakah mereka
tidak mengubah angka? Saya telah membuktikan statistik yang diberikan
mereka adalah mengarut," tambah Sanjeevan.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah,
mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan
pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan
dari Januari hingga Oktober 2011.
Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata orang ramai "sangat terkejut" dengan pembunuhan di Bukit Gasing.
"Rakyat
Malaysia semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar, telah
merasakan tidak selamat. Kami bimbang dengan keselamatan anak kami
apabila mereka keluar," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
"Kamu
tidak boleh hanya mengatakan kepada anak kamu, hanya berjaga-jaga pada
waktu malam. Kamu harus berjaga-jaga sepanjang hari... Saya tidak
ragu-ragu jenayah adalah faktor," katanya sambil turut menyampaikan
ucapan takziah kepada keluarga Ong.
Pembunuhan Ong berlaku
selepas beberapa rompakan bersenjata terhadap wanita di pelbagai pusat
membeli-belah di Lembah Klang tahun lepas, serta kematian kanak-kanak
berumur enam tahun William Yau selepas hilang di Putra Heights Januari
lepas.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Tan Sri Dr Ramon
Navaratnam berkata hari ini pengundi bandar akan merasa "geram, ditipu
dan marah" jika mereka melihat peningkatan mendadak dalam jenayah,
walaupun polis mengeluarkan statistik yang menunjukkan sebaliknya.
"Orang
ramai akan berasa kecewa kerana mereka umpama menambah garam kepada
luka. Seseorang yang cedera dan terbunuh dan statistik dikeluarkan untuk
menunjukkan segala-galanya adalah baik, "kata Navaratnam.
"Ini
secara langsung memberi kesan kepada kebajikan mereka, secara langsung
memberi kesan kepada perasaan kesejahteraan mereka, rasa selamat, dan
sebagainya ia pasti mempunyai kesan yang sangat kuat, "katanya.
Navaratnam
menggesa kerajaan mengambil syarikat antarabangsa atau syarikat
perakaunan tempatan yang mempunyai reputasi untuk mengeluarkan laporan
yang bebas bagi statistik jenayah negara.
"Adalah sangat penting
kerajaan memenangi keyakinan rakyat dengan mendedahkan sepenuhnya
kualiti statistik insiden jenayah mereka. Masih terdapat persepsi yang
buruk mengenai ketulenan indeks, "katanya.
Kumpulan Marathon
Wanita Malaysia akan menganjurkan larian di Bukit Gasing Sabtu ini untuk
menunut Malaysia yang lebih selamat dan menamatkan keganasan terhadap
wanita.
Citizen group Safer Malaysia juga menganjurkan satu
forum di Auditorium Majlis Peguam di sini pada Sabtu mengenai isu-isu
jenayah, diikuti oleh perhimpunan nyalaan lilin bagi Ong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan