"Saya tidak pernah bermimpi untuk tinggalkan Pekan. Hidup dan mati perjuangan politik saya ialah di Pekan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berasingan Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Najib membuat kenyataan ini semasa diminta mengulas pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa beliau tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana beliau akan bertanding di Perak.
Najib menjadi anggota Parlimen Pekan pada 1976 selepas bapanya, perdana menteri kedua dan anggota Parlimen Pekan, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.
Sejak itu Najib kekal menjadi wakil rakyat kawasan itu kecuali semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986.
Ketika itu beliau mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pekan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan