Ahad, 7 April 2013

Mahathir akui BN syaitan


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tetap mahu memberikan pandangannya walaupun sudah bersara akhirnya menjerat diri dan parti Umno-BN yang disayanginya.

Pengakuannya yang menggunakan perlambangan “syaitan” bagi BN manakala “malaikat” untuk Pakatan Rakyat sekaligus menampakkan sisi sebenar Umno-BN yang memang rapat dengan segala bentuk kejahatan seperti rasuah dan penindasan ke atas rakyat.

Pada masa sama, kenyataan Mahathir turut mengundang kemarahan orang Islam apabila sewenang-wenangnya cuba mengaitkan senario politik semasa tanahair dengan pepatah bahasa Inggeris “lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal” itu.

Malaikat sebagai makhluk yang sentiasa taat dan patuh sepanjang masa pada perintah Allah bagi Mahathir dianggap sebagai bukanlah golongan yang suci kerana “kadang-kadang, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah”.

Kenyataan Mahathir itu yang asalnya ditulis dalam laman blognya pada Ogos tahun lalu menjadi bukti Umno-BN sebagai syaitan merupakan musuh rakyat nombor satu yang wajib dihambat pada hari pembuangan undi PRU13 nanti.

Tiada ulasan: