Khamis, 11 April 2013
Khalid Ibrahim, Nurul Izzah, Tian Chua pertahan kerusi Parlimen masing-masing
Abdul Khalid kekal bertanding di Bandar Tun Razak, Nurul Izzah di Lembah Pantai manakala Tian Chua di Batu.
Perkara itu diumum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah di Bandar Tun Razak, Cheras semalam.
PKR turut menampilkan tiga muka baharu iaitu Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli yang akan bertanding di Parlimen Pandan, Dr Tan Kee Kwong di Parlimen Wangsa Maju dan Ibrahim Tan Sri Yaacob di Parlimen Titiwangsa.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Wangsa Maju dimenangi Wee Choo Keong, yang merupakan anggota Malaysian Democratic Party, atas tiket PKR namun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas pada 2010.
Kerusi Parlimen Titiwangsa pula dimenangi calon PAS Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali yang meninggal dunia pada 2011. – Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan