Sabtu, 13 April 2013

KEADILAN tanding 15 kerusi Parlimen di Sarawak

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan bertanding 15 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum 5 Mei nanti, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Daripada 15 kerusi tersebut, 11 calon selesai diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam dan 20 Mac lalu.

Menurutnya, empat lagi calon akan diumum pada bila-bila masa menjelang hari penamaan, sebaik rundingan selesai.

keadilan

“Calon selebihnya akan diumum selepas selesai perbincangan, itu yang diberitahu Datuk Seri (Anwar),” kata Ahmad Nazib kepada Keadilan Daily.

PAS sebelum ini mengesahkan akan bertanding tujuh kerusi manakala selebihnya – 9 kerusi adalah milik DAP.

Semalam, Ketua Umum KEADILAN mengisytihar enam calon KEADILAN termasuk Ahmad Nazib yang juga peguam syarie mewakili Parlimen Petrajaya (P194).

Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Zulrusdi Mohd Hol mewakili Parlimen Santubong, Thomas Laja (Kanowit), Joshua Jabeng (Selangau), Nicholas Bawin (Lubok Antu) dan Cecilia Una (Betong).

Mac lalu, lima calon diumum dan mereka adalah Baru Bian bagi Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram). – NS

Tiada ulasan: