Oleh Aedi Asri
BAGAN SERAI L: Calon Bagan Serai (P058), Dr Muhammad Nur
Manuty berkata, membela nasib pesawah padi di Parlimen itu menjadi
agenda utama KEADILAN jika berjaya mengekalkan kerusi berkenaan pada PRU
13.
Katanya, petani sawah Bagan Serai dibelenggu pelbagai masalah yang boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Kita akan bela kedudukan pesawah padi yang sudah 30 tahun tidak mendapat pembelaan.
“Misalnya
harga padi yang tidak meningkat. Ini akan jadi keutamaan kita jika
dipilih pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sebahagian besar penduduk Bagan Serai terlibat dalam sektor pertanian, terutama penanaman padi.
Pada 2012, ‘Deklarasi dari Gunung Semanggol’ oleh PAS mengutarakan
beberapa tuntutan kepada kerajaan, antaranya menaikkan harga lantai
belian padi oleh kilang daripada RM750 setan kepada RM1,150.
Deklarasi itu juga menuntut subsidi harga padi dinaikkan sebanyak 50 peratus, daripada RM248.10 setan kepada RM372.10.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Nur berkata, penerimaan
penduduk setempat membuka peluang cerah kepada KEADILAN untuk
mengekalkan kemenangan.
“Dari sambutan akar umbi, umumnya baik, hari demi hari meningkat.
Culaan kita menunjukkan, dari 10 rumah yang dikunjungi, enam hingga
tujuh memberi sokongan kepada kita.
“Inilah hasil jentera parti dan rakan-rakan yang turun ke lapangan berjumpa masyarakat,” kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.
Parlimen Bagan Serai terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) – Alor Pongsu, Gunung Semanggol dan Selinsing.
Pada pengumuman lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, Muhamad Nur yang juga Ketua Penerangan KEADILAN adalah calon
yang mampu membawa mesej Pakatan Rakyat bagi membela rakyat tempatan.
Beliau menggantikan Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar selepas menang
kerusi berkenaan menggunakan tiket KEADILAN pada PRU 12. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan