Oleh Aisha Geoffrey
KUCHING : Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara,
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab diisytihar sebagai calon
KEADILAN yang akan bertanding di Perak.
Ini diberitahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah
Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya, Kuching, malam tadi.
Pengumuman mengenai kawasan untuk Hadi bertanding akan dibuat Anwar
pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Manjoi, Perak Isnin ini.
Beliau juga memaklumkan hasrat bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat,
Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang tidak mahu bertanding
tetapi berkempen untuk Pakatan Rakyat.
“Saya akan umumkan Jeneral Datuk Abdul Hadi untuk bertanding di Perak.
“(Sementara) Jeneral Datuk Ghafir beritahu beliau tak mahu
bertanding, tetapi mahu membantu kempen Pakatan dan bergerak ke seluruh
negara,” kata Anwar mengesahkan perkara itu. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan