Calon
Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin memohan maaf
kepada masyarakat India dan mengakui kesilapannya kerana pernah
mengeluarkan kata-kata menghina agama kaum ketiga terbesar di Malaysia
itu dalam kempennya pada hari kedua.
Naib
presiden Perkasa itu cuba mengalihkan kemarahan terhadap dirinya
dengan mengatakan kaum India perlu marah kepada kerajaan Selangor
pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana tindakan merobohkan kuil lebih hina
daripada apa yang beliau lakukan.
“Saya bila
diberitahu dey, you cakap itu macam salah. Itu orang India sudah rasa
hati. Saya terus cakap sorry, saya sudah silap, saya minta maaf,” kata
Zulkifli merujuk kepada kenyataannya menghina agama Hindu yang tersebar
di laman sosial Youtube beberapa minggu lalu.
“Tetapi
kalau saudara marahkan saya kerana kenyataan itu, saudara kena marah
kepada kerajaan PKR, DAP dan PAS yang hina lebih teruk agama orang
Hindu. Meruntuhkan kuil di dalam rumah orang. Meruntuhkan kuil berusia
124 tahun di negeri Selangor itu lebih hina,” katanya merujuk kepada
sebuah kuil India yang beliau dakwa diruntuhkan oleh kerajaan Selangor
Oktober lalu.
Menurut
Zulkifli, selepas menyertai BN, beliau sedar masyarakat berbilang kaum
dan agama boleh hidup bersama dengan harmoni di negara ini.
Di dalam dewan Hotel Panmour, tempat majlis itu diadakan, tergantung sebuah sepanduk bertulis, “Bersama Najib Dahulukan Rakyat, Undi Zulkifli Noordin” selain daripada hadirin yang majoritinya merupakan anak-anak muda India.
Di dalam dewan Hotel Panmour, tempat majlis itu diadakan, tergantung sebuah sepanduk bertulis, “Bersama Najib Dahulukan Rakyat, Undi Zulkifli Noordin” selain daripada hadirin yang majoritinya merupakan anak-anak muda India.
“Saya dah
sebut dibanyak tempat. Saya amalkan politik pelampau, politk ekstrim,
politik rasis, chauvinis, kerana pembangkang DAP, PKR, PAS ajar kita
macam tu.
“Bukan
sahaja rasis, chauvinis terhadap kaum India, tetapi terhadap kaum
sendiri. Kita orang Melayu dalam pembangkang diajar benci kaum
sendiri,” katanya dihadapan lebih kurang 100 orang masyarakat India
dalam sebuah majlis makan malam di sini anjuran Persatuan Kebajikan dan
Kesejahteraan Insan Petaling Selangor.
Zulkifli
tidak ketinggalan untuk “menjual” idea Gagasan 1Malaysia dihadapan
hadirin dengan mengumpamakan masyarakat Melayu, Cina dan India di
Malaysia seperti memakan sirih.
“Kita bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia ni, macam sirih. Orang Melayu daun, orang Melayu daun yang hijau, dia besar. Orang Cina dia buah pinang dia kecik sikit. Orang India kapur tu, Sunarpu.
“Kita bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia ni, macam sirih. Orang Melayu daun, orang Melayu daun yang hijau, dia besar. Orang Cina dia buah pinang dia kecik sikit. Orang India kapur tu, Sunarpu.
“Saudara,
kalau saudara makan sirih, walaupun daun Melayu tu besar, buah pinang
Cina tu ada, tapi kalau takde Sunarpu, tak ada kapur, itu sirih tak
jadi merah langsung,” kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh.
Keputusan
BN meletakkan Zulkifli yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kulim
Bandar-Baru sebagai calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam menimbulkan
kontroversi.
Keputusan
tersebut menyebabkan Datuk Seri Najib Razak dikritik hebat, sebahagian
besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan
kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi
terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.
Video
menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan “Keling”, yang masyarakat
India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa
hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang
peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada
banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.
Zulkifli
pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga
mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai
Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.
Zulkifli
menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6
Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang
kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Pengarah
Strategi MIC S Vell Paari mengatakan BN akan kalah di Selangor pada 5
Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli di
Shah Alam. Sumber: The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan