Isnin, 22 April 2013

Dr Xavier Ada Bukti Poster PR Dibakar


Xavier Jayakumar Biru 01

KLANG : Penyandang DUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar mendakwa bendera dan poster yang digantung Pakatan Rakyat (PR) dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau mempunyai bukti antaranya video yang memaparkan kejadian itu berlaku.

“Saya tidak mahu berkata banyak, saya akan membuat laporan polis.

“Mereka selalu sabotaj program saya, bakar bendera saya tetapi saya tidak pernah suruh budak-budak saya bakar bendera mereka, kita tengok polis ambil tindakan atau tidak,” katanya.

Dr Xavier juga menempelak Ketua Pemuda MIC, T Mohan kerana menuduh beliau tidak bertanggungjawab dan mengabaikan penduduk yang diwakilinya.

“Apa kredibiliti dia? Dia hanya samseng.

“Saya tak faham kenapa orang kata kredibiliti dia kuat. Orang semua kenal dia sebagai samseng di seluruh tempat. U (awak) tanya mana-mana orang, mesti cakap dia ketua samseng.

” Dia bawa belia-belia India menjadi samseng. Inilah budaya MIC. Saya mahu tukar,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan tengahari dengan petugas DUN di sini.

Mengulas lanjut Xavier berkata penduduk tahu menilai kerjanya dalam tempoh lima tahun ini.

“Jika dia kata saya tak buat kerja, buktikan. Dulu orang kata saya pecahkan kuil orang India, seleweng duit dana sekolah, abaikan pekerja ladang.

“Jika benar dakwaan itu, saya alu-alukan pergi buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya cabar,” katanya.

Tiada ulasan: