Isnin, 8 April 2013

Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Dalam laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Najib juga telah memohon maaf kepada pengundi atas segala kesilapan yang BN buat sebelum ini.

"Saya mohon maaf dengan ikhlas jika kami membuat silap sebelum ini," kata Najib sebagaimana dilaporkan media antarabangsa itu.-Harakahdaily

Tiada ulasan: